Blogger Widgets

Sunday, 29 April 2012

Tuesday, 24 April 2012

KATA NAMA

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Betul

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am

2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll

benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Sunday, 15 April 2012

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH : BAHASA MELAYU

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR


Hari  :      Isnin
Tahun:     6 Inai
Masa :     9.50 pagi – 10.50 pagi

Tajuk :  Berkunjung ke ibu kota

Hasil Pembelajaran / Aras:

FU  3.3  Aras 3(i) Membentangkan pendapat tentang sesuatu persoalan dengan bahasa yang  
                              bertatasusila.
FS   1.2  Aras 1(ii) Mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk  
                               mendapatkan maklumat.

Objektif :Pada akhir pelajaran murid dapat :
1.                    Bersoal jawab dengan bertatasusila.
2.                    menjawab solan berkaitan dengan betul dan tepat.

Aktiviti:
1.                    Murid membaca petikan sepintas lalu dan fahamkan.
2.                    Murid-murid bersoal jawab dengan rakan sambil membina soalan secara spontan.
3.                    Murid menjawab soalan pemahaman.
4.                    Murid dan guru membincangkan jawapan
5.                    Menulis ke dalam buku tulis.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa: kata tanya
Kosa Kata : transit aliran ringan, kediaman
Sebutan dan Intonasi : Dialog
Peribahasa : penat lelah
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai murni : bersopan, hormat-menghormati
KBT : Kem. Berfikir – Menjana idea, menghubung kait, menganalisis
           Kontekstual
           Kecerdasan Pelbagai : Verbal-lingustik, interpersonal
BBM: Petikan, buku teks

Refleksi /Catatan :


Thursday, 12 April 2012

PERIBAHASA / PERUMPAMAAN

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

20. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

21. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

22. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

24. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

25. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

26. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

27. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

28. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

29. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

30. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

31. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

32. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

33. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

35. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

36. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

37. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

38. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

39. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

40. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

41. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

42. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

43.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

44. berbesar hati
Maksud : Gembira.

45. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

46. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

47. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

48. batu penghalang
Maksud : Halangan

49 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

MARI BERMAIN TEKA SILANG KATA

MARI BERMAIN TEKA SILANG KATA